Bomoh Oh Bomoh


Ada-ada saja cerita tentang bomoh ney. Kisah seorang bomoh yang kononnya mempunyai kepakaran mengubati penyakit misteri secara rawatan tradisional ini kadang-kadang jadi persoalan. Terlalu banyak kes berkaitan dengan bomoh berita yg tidak baik.

Al-kisah
Seorang gadis mahu mendapatkan air penawar bertukar menjadi igauan ngeri apabila dicabul seorang yg bergelar 'Bomoh'. Lebih menjijikkan, bomoh durjana berusia 50 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan mengaibkan itu dalam sebuah bilik di hadapan isterinya. Dakwaan orang ramai yg terlalu percayakan bomoh, membuatkan bomoh sanggup bertindak liar dan diluar batasan manusia.

Tok bomoh yg macam ni bukan nak buang SAKA tapi nak buat BAKA.

Al-kisah 2
Gadis terbabit yg berusia 17 tahun menjalani proses rawatan berkenaan kononnya bagi membersihkan diri mereka. Proses perubatan yang dilakukan di ruang tamu rumah ibu mereka kira-kira jam 9 malam, Oktober lalu disaksikan ibu dan bapa tiri selain pembantu bomoh terbabit.

Katanya, dia hanya menyedari dicabul dalam kejadian itu apabila dimaklumkan bapa kandungnya ketika balik bercuti ke rumah orang tuanya itu di Pahang minggu lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Muar.

Menurutnya, ketika proses rawatan, dia disuruh berbaring dalam keadaan berkemban selepas dimandikan sebelum beberapa anggota tubuhnya, termasuk payudara disentuh untuk dicalitkan kapur.

Hari ni saya tertarik apabila membaca satu rencana dalam akhbar KOSMO yg bertajuk Bomoh pun perlu ada ijazah. Bagi saya sesiapa yg nak berubat secara rawatan tradisional, perlu lebih berhati-hati. Bahayanya bomoh ni skang ni, byk kes bomoh cabul dan rogol dan mangsa yg terkena ni tidak mampu untuk beritahu sesiapa. 'Ntah ape bomoh tu kasik baca ntah' hati kecilku berkata sendirian.